Disediakan oleh
Unknown
9:14:00 PTG
-
0
Ulasan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan rasminya pada Isnin telah mengarahkan semua sekolah di Johor dan Melaka ditutup esok (Selasa) berikutan bacaan indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan IPU di seluruh negara sehingga jam 4 petang menunjukkan Melaka dan Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat iaitu 201-300.
Dalam kenyataan itu lagi, penutupan akan melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka.
KPM turut mengarahkan jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat supaya memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.
Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, YB Jais Sarday dalam kenyataannya berkata sekolah akan dibuka semula pada 30 September 2015.
Bagaimanapun, bergantung kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang akan di umumkan pada esok petang. Oleh itu, semua sekolah agama dan sekolah swasta juga diarahkan tutup pada hari esok.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.