Disediakan oleh
Kluang Today
9:20:00 PTG
-
0
Ulasan
Air merupakan anugerah Allah s.w.t. yang amat berharga di dalam kehidupan manusia, pelbagai usaha telah dijalankan mahupun daripada pihak kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan, ini bagi memastikan sumber utama ini dapat terus memberi manfaat kepada kita untuk menampung keperluan aktiviti seharian. Pada 26 Mac 2011 kita telah menyaksikan pengumuman peruntukan sebanyak RM105 juta untuk membina empangan baru di Kahang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di daerah ini menerima manfaat bersama dan secara langsung bagi mengatasi krisis bekalan sebelum ini.
Setiap pembinaan empangan yang berskala besar memerlukan kajian terperinci dari segenap sudut termasuk kesan ke atas alam semulajadi bagi memastikan ekosistem ini tidak memudaratkan selepas suatu empangan dibina dan bagi memastikan kelansungan ini satu lapuran penilaian kesan kepada alam sekeliling terperinci (DEIA) telah dijalankan serta dibentangkan oleh kementerian yang bertanggungjawab (KeTTHA) pada tahun 2013.
Pembinaan empangan baru ini telah diperuntuk kawal selia binaan dan operasi kepada Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) yang mana baru-baru ini telah membentangkan lapuran status pembinaan fasa pertama ketika lawatan kerja Yb. Md. Jais Sarday Exco Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor ke tapak pembinaan bagi meninjau sendiri keadaan empangan baru yang sedang dibina.

“Dengan siapnya pembinaan ini sepenuhnya, secara purata empangan yang berkapasiti 21 juta meter padu itu berupaya menampung pengeluaran air mentah sebanyak 90 juta liter sehari hingga tahun 2035”. Kata beliau didalam lawatan terbabit. Keperluan sumber ini juga dilihat bagi menampung pra-permintaan dikawasan-kawasan penempatan pembangunan baru di daerah Kluang khasnya.
Sejajar dengan kemudahan yang bakal kita terima ini, masih lagi segelitir masyarakat setempat menggunakan isu kelewatan pembinaan empangan ini sebagai isu yang diputar belit bagi memenuhi kepentingan peribadi dan sesetengah pihak, bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi apa sebenarnya yang perlu kita lakukan sebagai pengguna bijak supaya ia kekal sehingga ke generasi akan datang supaya tidak dinilai atas dasar pembaziran.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.