Terkini

Isnin, 7 September 2015

Status Perhimpunan 'Baju Merah' Masih Dalam Teka-Teki

Noor Rashid Ibrahim

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, dalam sidang medianya petang tadi menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan rancangan kumpulan 'Baju Merah' mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 16 September ini.

Jelas beliau, larangan berhimpun tersebut dibuat atas sebab isu keselamatan dan kententeraman awam.

Bagaimanapun katanya sekiranya terdapat kemungkinan perhimpunan itu dibenarkan untuk diteruskan, polis akan memastikan ia tidak mengganggu ketenteraman awam.

Ditanya sama ada pihak polis menerima apa-apa permohonan daripada pihak penganjur, Nood Rahid berkata beliau perlu menyemak mengenainya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.