Disediakan oleh
Unknown
11:19:00 PTG
-
0
Ulasan
Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad meminta ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, supaya memberi penjelasan kepada Mahkamah Syariah negeri berhubung lafaz taklik cerai talak tiga yang dibaiahnya sebelum ini.
Jelas beliau, Dr Hatta tidak wajar membuat keputusan sendiri tanpa melalui proses perbicaraan dan berkemungkinan beliau keliru antara baiah mengosongkan kerusi sebagai anggota Parlimen dan lafaz taklik.
Menurut Daud, sekiranya Dr Hatta atau mana-mana wakil rakyat Pas melanggar sumpah, mereka ini boleh bayar kifarat, tetapi berbeza dengan lafaz taklik kerana untuk kes ini taklik (talak tiga) tidak boleh ditebus dengan kifarat.
Semalam, Pas Kelantan mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini adalah bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.
Berkata kepada sebuah agensi berita tempatan, Daud berkata jika terdapat keraguan berhubung talak, perkara itu perlu ditentukan oleh mahkamah. Dalam kes ini, Dr Hatta tidak boleh membuat keputusan sendiri dengan hanya bersandarkan kepada pendapat orang tertentu.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia di Tanah Merah baru-baru ini, Dr Hatta mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.
Katanya beliau telah merujuk masalah berkenaan kepada beberapa ulama di dalam dan luar negara, antaranya penasihat Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) Ahmad Awang, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ulama Mesir Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
Pada Selasa lalu, Pas mengesahkan seramai 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.