Disediakan oleh
Unknown
9:56:00 PTG
-
0
Ulasan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat semua laman web yang mempromosi dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan di ibu negara pada hujung minggu ini.
Menerusi kenyataan suruhanjaya itu yang turut dimuat naik di laman Facebook, sekatan berkenaan dibuat bagi mengelakkan kestabilan negara tergugat.
"Sehubungan itu SKMM ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sesawang dan media sosial, terutamanya kandungan yang boleh menyalahi mana-mana undang-undang Malaysia," kata kenyataan itu pada Khamis.
Menurut SKMM lagi, langkah menyekat laman sesawang itu juga lanjutan daripada kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung Bersih 4.0 baru-baru ini.
KDN menyatakan perhimpunan Bersih 4.0 didapati bergiat secara tidak sah dan mencetuskan kegelisahan serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat pelbagai kaum, agama dan keturunan di negara ini.
"Bersih 4 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan," kata SKMM.
Selain itu SKMM menggesa orang ramai supaya melaporkan kepada suruhanjaya sekiranya terdapat laman web dan media sosial yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.

Dalam satu kenyataan lain pula, Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah berkata, mengancam akan menyaman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya sekatan terhadap beberapa laman web mereka tidak ditarik balik.
"Kita akan saman mereka jika mereka tidak tarik balik (sekatan). Ia
benar-benar bertentangan dengan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat.
Mereka tak ada hak untuk menyekat," katanya.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.