Terkini

Rabu, 26 Ogos 2015

Muhyiddin Belum Beri Kata Putus Sertai Himpunan Bersih 4.0 Atau Tidak

Muhyiddin-Yassin-Bersih4

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin diajak turun ke jalanraya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Gerakan Anak Muda Harapan Baru menghantar jemputan tersebut ke kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini pada pukul 11.30 pagi Rabu.

Jemputan tersebut dimasukkan ke dalam peti surat kediamannya berikutan Muhyiddin berada di luar negara.

Gerakan yang didalangi oleh parti Pembangkang itu sangat berharap agar bekas Timbalan Perdana Menteri itu menerima jemputan tersebut dan hadir bersama orang ramai berarak di jalanraya sebagai tanda sokongan.

Menurut penyelaras Gerakan Anak Muda Harapan Baru, Sany Hamzan, pada masa ini, Muhyiddin merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang diberikan jemputan rasmi.

Penganjur Bersih berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos walaupun ia diisytiharkan sebagai perhimpunan haram.

jemputan-bersih4-muhyiddin

Pada Selasa, polis memberitahu bahawa perhimpunan itu menyalahi undang-undang kerana penganjur gagal memenuhi notis kepada pihak polis.

Notis yang perlu dipenuhi itu termasuk pelan butiran laluan dan lokasi yang terlibat, bagi membolehkan polis mengawal keadaan perhimpunan.

Menurut polis, penganjur gagal mengemukakan notis selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka untuk menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbok sebagai lokasi perhimpunan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.