Terkini

Selasa, 8 September 2015

Indonesia Mohon Maaf Berhubung Isu Jerebu di Malaysia

jerebu-malaysia

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Indonesia telah membuat permohonan maaf berhubung masalah jerebu yang sedang menyelubungi rantau ini.

Hamdhani Mukhdar Said yang bertanggungjawab ke atas hubungan antarabangsa dan alam sekitar berkata beliau akan membangkitkan isu ini di Parlimen Indonesia bagi membolehkan lebih banyak usaha dapat dilakukan untuk menangani keadaan jerebu.

"Saya ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana jerebu.

"Jerebu tahunan ini tidak disengajakan tetapi disebabkan oleh kemarau yang memberi kesan kepada bahagian Sumatera dan Kalimantan," katanya kepada pemberita ketika Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) berhenti rehat di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan pusat Indonesia telah memperuntukkan sebanyak AS$1 juta untuk wilayah yang terjejas oleh kebakaran hutan dan tanah gambut.

"Kita akan meminta kerajaan memberikan lebih banyak peruntukan untuk membantu melawan kebakaran," katanya.

Jerebu yang melanda Malaysia adalah hasil daripada pembakaran hutan secara meluas di Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.