Terkini

Rabu, 9 September 2015

Najib Gembira Muhyiddin & Shafie Nyata Komitmen Taat Setia Kepada Parti

najib-muhyiddin-shafie
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam mesyuarat Majlis Tertingi (MT) hari ini meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal membuktikan kesediaan masing-masing untuk setia dan membantu memperkukuhkan Umno.

Tegas Presiden Umno itu, kedua-dua bekas anggota Kabinet berkenaan yang juga timbalan dan naib presiden Umno perlu diberi tempoh untuk memperlihatkan komitmen mereka kepada parti.

Najib menyeru agar ahli-ahli Umno memberi masa kepada pucuk pimpinan parti untuk memperbetulkan keadaan dan mengembalikan semula kekuatan Umno.

"Bagi masa, kita bagi masa. Kalau kita dah buat komitmen dalam mesyuarat...kita amalkan, perlihatkan dari segi tindakan.

Ujar beliau lagi, sebarang keputusan atau tidakan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin termasuk ucapan-ucapan (perlu) menjurus kepada solidariti kepada parti dan setiap pemimpin perlu tahu peranan sendiri.

Pada sidang media itu di Menara Dato' Onn, Najib turut menolak sebarang khabar angin yang tersebar sebelum ini bahawa mesyuarat MT hari ini bakal membuat keputusan memecat tujuh ahlinya termasuk Muhyiddin dan Shafie.

Selain itu Perdana Menteri berkata mesyuarat MT tersebut berlangsung dalam keadaan yang baik dengan semangat setiakawan.

Najib turut menzahirkan rasa gembira beliau dan mengalu-alukan kenyataan taat setia  dan kesanggupan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti untuk terus berjuang bagi memastikan kekuatan Umno dan kejayaan parti dalam pilihan raya akan datang.

Tidak ketinggalan, Najib juga turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Shafie Apdal yang melahirkan komitmen yang sama dan beliau telah menyatakan kesanggupan untuk bekerja demi kepentingan parti.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.