Terkini

Jumaat, 11 September 2015

Kembar Siam Muaiman & Muaimin Perlukan Bantuan Rakyat Malaysia

muaiman-muaimin-kembar-siam

Masih ingat lagi kah kita pada tanggal 14 April 2012 yang lalu negara pernah dikejutkan dengan berita kejayaan kali ke-14 Hospital Kuala Lumpur (HKL) memisahkan kembar siam berusia setahun yang berasal dari Segamat, Johor.

Menurut arkib, pembedahan secara maraton yang dilakukan selama 24 jam itu melibatkan 19 pakar bedah serta dibantu oleh 36 jururawat dan pegawai perubatan yang lain.

Turut dilaporkan juga, teknik pembedahan memisahkan sistem saluran kencing dan kemaluan pasangan kembar siam tersebut yang dilakukan oleh doktor pakar tempatan ini adalah yang pertama di dunia.

hkl-sejarah-kembar-siam

Apa khabar si Kembar itu hari ini?

Maklumat terbaru yang kami terima, pasangan kembar siam yang diberi nama Muaiman dan Muaimin yang kini berusia 4 tahun itu amat memerlukan bantuan orang ramai kerana salah seorang daripada mereka akan menjalani pembedahan pada bahagian kaki tidak lama lagi.

Kesempitan hidup yang diharungi oleh keluarga En. Azli Bin Sabran yang berasal dari Felda Pemanis 2, Segamat Johor bersama isterinya, Pn. Nazilah Abdullah yang berasal dari Kluang Johor itu menyebabkan mereka terpaksa merayu bantuan orang ramai untuk membiayai kos pembedahan anaknya.

Kluang Today turut diberitahu, bapa kepada pasangan kembar tersebut yang bekerja sebagai penoreh getah sekarang dengan pendapatan yang tidak seberapa terpaksa berhenti menoreh buat sementara untuk menjaga anaknya yang akan menjalani pembedahan kelak.

Ibu kepada Muaiman dan Muaimin yang tidak pernah bekerja serta mengalami masalah pergerakan (tempang), menyebabkan keluarga ini akan hilang punca pendapatan setelah suaminya berhenti menoreh getah.

Kami juga dimaklumkan, keluarga pasangan kembar ini hanya menerima bantuan khas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. Namun, bantuan tersebut tidak mencukupi kerana kos penjagaan dan rawatan berterusan untuk kedua-dua kembar itu mencecah hampir RM1000 sebulan. Keluarga kembar siam ini juga tidak pernah menerima bantuan zakat dari kerajaan Negeri Johor.

Bantu kami untuk membantu mereka..
Nazilah-akaun-bank

Demi untuk meringankan beban yang ditanggung, kami merayu  dan menyeru seluruh rakyat Malaysia yang prihatin tampil menghulurkan bantuan tidak kira dari segi keewangan mahu pun barang keperluan harian untuk keluarga ini.

Sebarang bentuk bantuan atau sumbangan derma yang ingin diberi, boleh berhubung terus dengan Puan Nazilah (019-7356015) atau disalurkan ke akaun bank seperti yang tertera pada gambar di atas.

Semoga Allah memberkati kamu atas kebajikan yang kamu lakukan. Amin
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.