Disediakan oleh
Unknown
10:20:00 PTG
-
0
Ulasan
Sekolah perlu ditutup apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesebuah kawasan melebihi 200, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam kenyataan hari ini Kementerian Pendidikan memaklumkan, berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 150.
Kenyataan itu menyebut guru besar dan pengetua perlu memaklumkan kepada pejabat pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.
"Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa di sekolah akibat fenomena jerebu serta merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan berdekatan," menurut kenyataan itu di sini.
Kementerian Pendidikan memandang serius akan perkembangan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dan sentiasa memantau status terkini IPU di kawasan-kawasan yang melebihi bacaan 100.
Semua guru besar dan pengetua diingatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing melalui aplikasi telefon bimbit MyIPU atau melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar di www.doe.gov.my
Pihak pentadbir sekolah juga perlu akur kepada surat siaran yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan berkaitan jerebu bertarikh 7 Ogos 2013 dan surat siaran berkaitan Langkah Penjagaan Kesihatan Murid Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan pada 26 Feb 2014 serta masih berkuat kuasa, katanya. - Bernama

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.