Terkini

Sabtu, 15 Ogos 2015

TPM Cabar Individu Terlibat Rancang Gulingkan Kerajaan Buat Penafian

zahid-hamidi-tpm
Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar tokoh yang didakwanya terlibat dalam gerakan untuk mengguling kerajaan menafikan dakwaannya itu jika benar ia tidak benar.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno menyatakan bahawa belia tahu siapa tokoh yang terlibat dalam komplot tersebut sambil menegaskan bahawa dakwaanya itu bukan rekaan tetapi rancangan menggulingkan kerajaan itu sedang berlaku.

Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'pintu belakang'.

Bagaimanapun, Zahid enggan menamakan tokoh yang terlibat ketika ditanya pemberita. Jelas beliau lagi, siapa yang terlibat dalam komplot tersebut akan muncul tanpa perlu didedahkan identitinya.

Sementara itu, dalam ucapan di Klang, beliau turut mecabar individu yang terlibat tampil membuat kenyataan melalui media untuk menafikan dakwaan terbabit dalam rancangan menggulingkan kerajaan.

Dalam satu kenyataan media berlainan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan pihak tertentu yang cuba mengaitkan dirinya dalam komplot menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan sebagai tidak masuk akal.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah "bodoh" jika beliau bertindak untuk menjatuhkan kerajaan yang dibangunkan bersama-sama pemimpin lain dalam negara ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, selama 40 tahun menjadi sebahagian kerajaan, tentunya tidak boleh diterima akal untuk beliau memusnahkan apa yang dibina selama ini.

Muhyiddin dan Shafie digugurkan dalam rombakan Kabinet akhir Julai lalu.

Mengakui menerima apa yang ditakdirkan kepada dirinya, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kesetiaan kepada parti tidak menghalang ahli mempersoalkan pemimpin yang tersasar dari landasan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.