Terkini

Khamis, 13 Ogos 2015

Giliran Kerajaan Thailand Rombak Kabinet

Prayuth-Chan-Ocha

Selepas Malaysia dan Indonesia, dalam masa terdekat ini kerajaan Thailand dilaporkan akan melakukan rombakan kabinet. Bagaimanapun senarai mereka yang terlibat dalam rombakan tersebut belum dimuktamadkan lagi.

Menurut Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-Ocha, setakat ini tiada siapa yang tahu siapa yang akan mengganti dan disingkirkan.

Prayuth berkata, beliau kini sudah bersedia untuk mendapatkan perkenan diraja bagi melakukan rombakan Kabinet itu, namun ini bergantung sama ada muka baharu ingin menerima jawatan itu manakala menteri sedia ada pula mahu berundur.

Beliau menafikan pernah memaklumkan kepada seseorang untuk dilantik sebagai menteri baharu, namun menyatakan bahawa beliau akan menukar kedudukan menteri terbabit berdasarkan kewajaran.

Prayuth berkata, semua pihak perlu menerima rombakan yang bakal dilakukan itu selepas ulang tahun pertama pentadbiran kerajaannya yang dibentuk pada September tahun lepas.

Beliau enggan mengesahkan nama yang disebut-sebut dalam rombakan itu, antaranya tokoh dalam hal ehwal antarabangsa dan ekonomi seperti bekas Setiausaha Agung Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Supachai Panitchpakdi, bekas Menteri Hal Ehwal Luar Surakiet Satienthai, bekas Setiausaha Agung Asean, Surin Pitsuwan dan bekas Gabenor Bank of Thailand, Prasarn Trairatvorakul.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.