Disediakan oleh
Kluang Today
9:34:00 PTG
-
0
Ulasan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan menimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik kerana alat itu 'berkemungkinan besar' menyebabkan kemudaratan.
Presidennya Dr Ashok Zachariah Philip berkata kebanyakan kimia yang terkandung di dalam asap rokok juga terdapat dalam rokok elektronik walaupun kadarnya mungkin lebih rendah.
"Walaupun peranti rokok elektronik baru sahaja dipasarkan dan belum dilakukan kajian secara jangka panjang, namun besar kemungkinan ia membahayakan.
"Malah, cecair mengandungi nikotin yang digunakan untuk 'vaping' tetap berpotensi menyebabkan terjadinya tabiat dan ketagihan.
"Oleh itu, kementerian patut menimbang untuk mengharamkannya atau sekurang-kurangnya mengawal selia penggunannya seperti yang dilakukan terhadap rokok," kata dalam kenyataan di sini, Isnin.
Dr Philip berkata sekiranya kajian jangka panjang mendapati rokok elektronik tidak mempunyai risiko, langkah itu boleh ditimbang semula.
Rabu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati orang ramai supaya berhenti sementara daripada menghisap shisha, rokok elektronik atau rokok wap sehingga pengumuman tentang risikonya dibuat dalam masa dua bulan akan datang.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.