Terkini

Selasa, 18 Ogos 2015

Pelajar Perempuan Maut Terjatuh Tingkat 14

gadis-terjun-bangunan

Seorang pelajar perempuan kolej swasta berusia 18 tahun maut apabila terjatuh dari tingkat 14 Flat Pelangi Magna, Kepong, di sini Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, R. Munusamy berkata dalam kejadian pukul 3.12 petang itu, pelajar berkenaan dikatakan pergi ke bangunan tersebut selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarganya.

"Mangsa masih hidup selepas jatuh dari bangunan itu dan dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas tiba di hospital itu akibat cedera parah di kepala," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.