Terkini

Rabu, 19 Ogos 2015

Kylie Jenner Ditawar RM40 Juta Jika Sanggup Berlakon Filem Lucah

Kylie-Jenner-Kardashian

Adik kepada Kim Kardashian yang juga seorang bintang realiti, Kylie Jenner ditawarkan USD10 Juta (RM40 juta) oleh Vivid Entertainment untuk membintangi filem lucah bersama teman lelakinya, penyanyi rap Tyga.

TMZ melaporkan, pengarah urusan syarikat berkenaan, Steve Hirsh dalam satu kenyataan memberitahu ia bakal memberi keuntungan kepada Kylie sekaligus menaikkan namanya sebagai bintang terkenal seperti kakaknya, Kim Kardashian.

Jelas Steve lagi, Kylie mampu menjadi lebih hebat, terkenal dan popular dari kakanya sekiranya dia menerima tawaran lumayan tersebut.

"Lihat rakaman seks Kim dan Ray J, ia meletup dan terus meletakkan dia di antara selebriti terkenal dan ia akan memberi manfaat sama kepada Kylie," katanya.

Dalam pada itu, terdapat beberapa lagi syarikat filem lucah lain turut membuat tawaran sama kepada Kylie malah ada yang ingin mengambilnya sebagai duta produk mereka.

"Dia baharu sahaja berusia 18 tahun dan kami memberi peluang ini kepadanya," ujarnya.

Kylie bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap tawaran diberikan kepadanya. Menurut laporan media hiburan tempatan, Kylie berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran itu setelah mendapat 'lampu hijau' dari ahli keluarga terdekat.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.