Terkini

Sabtu, 10 September 2016

Bekas Ketua Umno Gelang Patah Keluar Parti

Baharom-Abdul-Ghani-Umno

JOHOR BAHRU : Pengerusi Tetap Umno Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengumumkan keputusannya keluar parti.

Beliau membuat pengumuman itu semasa berucap pada mesyuarat Umno Bahagian Gelang Patah di sini, Sabtu.

Baharom berkata, beliau keluar dari parti berikutan kurang yakin terhadap kepimpinan tertinggi Umno.

Ketua Umno Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malik memberi jaminan bahawa Umno tidak akan terjejas dengan tindakan Baharom keluar parti.

"Kita berterima kasih kepada beliau di atas sokongan dan kepimpinan dalam parti selama ini," katanya kepada pemberita.

Tambah Mohammad Khairi, Umno bahagian akan terus menumpukan perjuangan dan pendirian parti.

Baharom bersama Umno Bahagian Gelang Patah sejak ia ditubuhkan pada 1994 dan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Kupang antara 1995 dan 2004. - Mstar
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. dah kaya kan...buat per nak berparti lagi.
    buat apa nak jaga orang melayu lagi.

    BalasPadam
  2. Patah tumbuh hilang berganti.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.