Disediakan oleh
Kluang Today
2:46:00 PTG
-
0
Ulasan
KLUANG : Ahli-ahli UMNO khususnya di Johor jangan hilang fokus dalam perjuangan parti terutamanya dalam usaha UMNO dan BN mengekalkan momentum untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Parti UMNO dilahirkan di Istana Besar Johor, bukannya parti yang lahir di tepi jalanan, justeru menjadi tanggungjawab ahli-ahli UMNO di negeri Johor untuk bersatu memperkukuhkan dan memantapkan perjuangan parti keramat yang telah banyak berjasa kepada rakyat selama ini.
Kita tidak harus bersedih atau kecewa sekiranya ada di antara sahabat-sahabat seperjuangan kita meluahkan hasrat untuk keluar dari parti, lebih-lebih lagi mereka yang pernah mendapat manfaat hasil perjuangan UMNO selama ini terhadap diri mereka sendiri.
Janganlah kita berduka atau berkecil hati, sebaliknya kita harus berlapang dada dan berbesar hati kerana di saat parti sedang `dilanda gelora’ kita masih kekal bersatu untuk sama-sama meredah onak berduri ini kerana kita percaya, perjuangan UMNO bersama BNlah yang telah mencorakkan kejayaan Malaysia selama ini dan di masa akan datang.
UMNO telah dibentuk dan dibesarkan di negeri ini. Jika UMNO Johor lemah maka inilah kejayaan besar bagi pembangkang. Oleh itu UMNO harus terus dijaga, dibelai dan diperkukuhkan oleh ahli UMNO itu sendiri. Inilah amanah besar untuk digalas oleh semua ahli.
Jika kita melihat perkembangan politik hari ini, kumpulan ‘bekas pejuang UMNO ‘ yang ditubuhkan kononnya bermatlamat untuk menyelamatkan Negara, ia hanyalah satu slogan bagi mengaburi matlamat yang sebenar.
Apa yang jelas hari ini, tindakan mereka khususnya Tun Mahathir sebenarnya lebih bermotifkan peribadi, sama seperti mana PKR yang diwujudkan atas perjuangan untuk membela Datuk Seri Anwar semata-mata.
Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir, kerana tindakannya yang sanggup bekerjasama bersama-sama bekas musuhnya seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim memberikan satu gambaran yang jelas bahawa apa yang beliau perjuangankan hari ini adalah lebih kepada matlamat dan agenda peribadinya sahaja dan bukan untuk Negara.
Sehubungan dengan itu, tanggunjawab kita sebagai ahli UMNO memperkuatkan diri kita untuk meneruskan perjuangan UMNO dan kita akan menentang mereka yang berada dalam kumpulan pembangkang termasuk mereka yang terdiri dari orang-orang yang kita hormati.
UMNO tidak akan memandang ringan terhadap mana-mana parti pembangkang termasuklah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kalau PPBM atau parti pembangkang lain berkata mereka mampu menentang UMNO dan BN, itu bukanlah sesuatu yang luar biasa. BN dan UMNO pun mempunyai strategi tersendiri dan pasti ada kaedah tertentu menghadapi cabaran sebegini.
Kita berjuang mesti berani, kalau ragu dan tak yakin dengan dasar dan asas perjuangan parti, lebih baik keluarlah dari parti bukannya menjadi ‘musuh dalam selimut’.
UMNO pernah hadapi cabaran lebih hebat daripada ini, ramai pemimpin kanan UMNO keluar parti umpamanya sejarah penubuhan Semangat 46 dan penubuhan PKR tapi UMNO tetap tabah menghadapinya dengan penuh strategi.
Kita tetap mampu bertahan kerana apa yang kita perjuangkan ialah untuk agama, bangsa, serta negara dan bukannya sebagaimana PPBM yang lebih menjurus kepada agenda peribadi, dendam dan kecewa.
Sehubungan dengan itu, saya minta agar rakyat khususnya orang Melayu agar kembali bersikap rasional dalam berpolitik dengan berpandukan pemikiran yang waras dan tidak ditunggangi oleh nafsu amarah semata-mata. Tidak ada gunanya jika kita berpolitik hanya untuk memecah belahkan bangsa sehingga kita hilang kekuatan.
Kenyataan Media
DATUK SHARIFAH AZIZAH SYED ZAIN
Ketua Wanita UMNO Negeri Johor

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.