Terkini

Selasa, 16 Ogos 2016

Pingat Perak Dalam Genggaman Menerusi Acara Badminton Beregu Campuran

badminton-olimpik-2016

RIO DE JANEIRO : Kejayaan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying  mara keperingkat akhir  pertandingan badminton Sukan Olimpik Rio 2016 mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak kini dalam gengaman.

Pasangan negara itu mengetepikan cabaran Xu Chen-Maj Jin dari China, 21-12, 21-19 dalam aksi separuh akhir mereka.

Menurut Peng Soon, dia dan Liu Ying masih tidak percaya dengan kejayaan yang dianggap paling bermakna dan bersejarah sepanjang karier mereka itu.

Lebih bersejarah, kejayaan ini kali pertama beregu campuran negara mara ke pusingan akhir dan menyumbang pingat sejak badminton dipertandingkan di Barcelona 1992.

najib-badminton-olimpik-twitter

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi ini turut menyampaikan ucapan tahniah kepada beregu badminton campuran negara  menerusi laman Twitter miliknya.

Pada perlawanan akhir nanti, Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir yang dijadual berlangsung Rabu ini.

Gandingan Indonesia itu menempah tiket ke final selepas menjinakkan pilihan utama, Zhang Nan-Zhao Yunlei, 21-16, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.