Terkini

Rabu, 4 Mei 2016

Dakwaan GST Naik Jika BN Menang PRN Sarawak Mengarut

najib-prn-sarawak-gst

KUCHING : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan naik jika Barisan Nasional (BN) memenangi lag pilihan raya negeri kali ini.

Menurut Najib, dakwaan pembangkang itu sekadar pembohongan dan cadangan mengenai kenaikan GST tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam kerajaan.

“Dalam mesyuarat sudah dibuat keputusan, antaranya menolak sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang kononnya jika BN menang maka kadar GST akan dinaikkan.

"Ini satu pembohongan yang tiada ada asas sama sekali.

“Tidak ada dalam perbincangan sama ada peringkat (kementerian) kewangan dan menteri untuk naikkan kadar in any circumstances (dalam sebarang keadaan).

"Taktik ini ditimbulkan untuk (bangkitkan) kemarahan rakyat. Harap rakyat tak ditipu dengan cerita kepalsuan semata-mata dan rekaan semata-mata,” katanya kepada media di sidang media selepas mesyuarat kabinet di Wisma Bapa, Kuching hari ini.

Sebelum ini, pembangkang khususnya DAP mendakwa kerajaan akan menaikkan kadar GST kepada sekurang-kurangnya 10 peratus jika BN menang besar dalam pilihan raya 7 Mei ini.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.