Terkini

Jumaat, 27 Mei 2016

Bekas Teman Wanita Alvin Tan Di Penjara Enam Bulan

vivian-nurul-penjara

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen hari ini mengenakan hukuman penjara selama enam bulan  terhadap bekas teman wanita penulis blog lucah, Alvin Tan setelah didapati bersalah menghina agama Islam menerusi laman Facebook.

Hakim Abdul Rashid Daud menjatuhkan hukuman itu terhadap Vivian Lee, atau nama sebenarnya Lee May Ling, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, Abdul Rashid membenarkan permohonan peguam bela untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara kepada lima bulan dan 22 hari selepas mengambil kira tempoh reman lapan hari May Ling sebelum ini.

Hakim juga memutuskan jaminan dinaikan daripada RM10,000 kepada RM20,000 dan hukuman ke atas Vivian akan bermula Jumaat ini.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Peguam Chong Joo Tian untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut kerana akan memfailkan rayuan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.