Terkini

Sabtu, 26 Mac 2016

Skim Bantuan Usahawan Belia Islam Johor Kini Boleh Dimohon Secara Online

ushawan-belia-johor-online

JOHOR BAHRU : Dianggarkan kira-kira 1,812 usahawan belia Islam negeri ini bakal menerima bantuan bagi mengembangkan perniagaan menerusi dana berjumlah RM2.25 juta, seperti yang diperuntukkan dalam Bajet Johor 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, bantuan tersebut adalah rentetan kejayaan pelaksanaan program yang dimulakan dua tahun lepas.

Menurut beliau, kerajaan Johor telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta tahun lepas bagi membantu belia-belia Johor mengembangkan perniagaan mereka dan hampir 1000 orang belia sudah mendapat manfaat darinya.

Berdasarkan kejayaan itu, kata Zulkurnain, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan program itu termasuk pemberian bantuan penjaja kecil sebanyak RM500 dan bantuan bagi persatuan-persatuan belia yang bergerak aktif iaitu antara RM3,000, RM5,000 sehingga RM10,000.

Jelas beliau lagi, melalui skim ini juga para usahawan boleh menggunakan wang bantuan itu sebagai modal pusingan perniagaan dan dalam pada masa yang sama ia dapat memperkasakan aspek keusahawanan dan ekonomi serta turut membantu belia lain

Program bantuan itu juga, katanya, memberi peluang kepada kerajaan negeri membantu belia Islam negeri itu yang berminat mengusahakan perniagaan sendiri selain menggalakkan mereka untuk terus maju dalam bidang keusahawanan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2016. Kepada mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat Perbadanan Islam Johor atau membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi laman web PIJ, di sini.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.