Terkini

Isnin, 22 Februari 2016

Nazri Gesa Muhyiddin Keluar Dari Umno Jika Tidak Lagi Mahu Bersama Pimpinan Parti

nazri-aziz-muhyiddin

Tidak tahan dengan gelagat bekas timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kerap 'menyerang' Datuk Sri Najib selaku Presiden Parti, membuatkan ahli Perlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengeluarkan satu kenyataan balas iaitu mahu Timbalan Presiden Umno itu dugantung keahlianya.

Nazri yang juga ahli Majlis Tetinggi Umno berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu pada mesyuarat majlis minggu ini supaya Muhyiddin digantung atau dipecat kerana tindakannya yang tidak setia kepada kepimpinan parti.

Beliau turut mengingatkan Muhyiddin mengenai kedudukanya selaku Timbalan Presiden parti dan bukanya ahli biasa yang sepatutnya tahu peranan yang seharusnaya dimainkan dalam membantu Presiden.

Nazri menyifatkan tidakan Muhyiddin kali ini sudah keterlaluan dan malampaui batas kerana dilihat kerap mengkritik kepimpinan parti secara terbuka ketika bertemu orang awam sebelum Perhimpunan Agung Umno lalu.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Muhyiddin supaya keluar dari parti jika tidak lagi mahu bersama pemimpin sedia ada.

Atas dorongan Tun Dr. Mahathir, sejak beberapa bulan lalu Muhyiddin secara berterusan mengkritik tindakan Perdana Menteri berhubung isu 1MDB hingga ke hari ini.

Sehari sebelum berlangsungnya perhimpunan tahunan Umno, Disember lalu, bekas timbalan perdana menteri itu menyampaikan ucapan kepada umum di Kelab Sultan Sulaiman yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.

« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Walaupun aku ahli umno seumor hidup dipadang rengas tapi aku dan keluarga telah bersumpah tidak akan mengundi nazri dalam PRU14 nanti.

    BalasPadam
  2. Siapa dia nak gesa orang lain keluar Parti.....Cermin lah diri sendiri ...

    Kalau dah MENTERI cap AYAM.....cap AYAM le sampai bila-bila..

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.