Disediakan oleh
Kluang Today
11:28:00 PTG
-
2
Ulasan
Nasib golongan kurang berkemampuan di negeri Johor terus mendapat pembelaan dari kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) apabila seramai 120 buah keluarga dikenalpasti layak menerima wang bantuan sebanyak RM80 setiap bulan bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
Bantuan menerusi program Smart Food MyKasih 2016 di bawah inisiatif Yayasan Pasir Gudang (YPG) ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup mereka.
Program Smart Food MyKasih 2016 ini menyasarkan golongan yang berpendapatan RM350 per kapita yang bermastauti di kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPG, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bantuan ini adalah lanjutan kepada bantuan yang ditaja oleh Yayasan MyKasih pada tahun lepas tetapi pada kali ini ianya ditaja oleh Yayasan Pasir Gudang.
Menurut beliau, Sebanyak RM115,200 diperuntukan bagi pelaksanaan bantuan ini selama setahun, mulai Mac ini sehingga Mac 2017.
Tambah beliau lagi, penerima yang layak yang terdiri dari pelbagai kaum itu akan menerima wang bantuan tersebut di mana ia akan dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka setiap bulan.
"Antara keistimewaan lain, penerima bantuan juga akan mendapat diskaun sebanyak 3 peratus sekiranya mereka berbelanja di ImCoop dan secara automatik akan menjadi ahli di bawah Koperasi Muafakat Johor, yang mana pendaftaran keahlian RM200 akan ditanggung oleh kerajaan negeri," ujar beliau.
bagaimana dengan penduduk kg sg penderam konkong masai yang dh hmpir 15 tahun tiada bekalan air paip bersih..kesian mereka susah untuk mandi wajib dan mandi junub.
BalasPadamBiar betul ni?
Padam