Disediakan oleh
Unknown
2:10:00 PG
-
0
Ulasan
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyifatkan penurunan nilai ringgit berbanding dolar Amerika adalah bersifat sementara.
Jelas beliau, rakyat tidak perlu gusar kerana nilai mata wang negara akan beransur pulih seperti sediakala kerana Malaysia memiliki dasar ekonomi yang teguh.
Dalam sidang medianya itu, Ahmad Husni turut menjelaskan penyebab nilai matawang negera mengalami penurunan. Antaranya ialah kekuatan pertumbuhan ekonomi di negara 'Uncle Sam' itu dan kesan dari harga komoditi dunia yang rendah ketika ini.
"Walaupun dengan penurunan nilai tersebut, asas ekonomi Malaysia masih lagi dalam keadaan teguh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.
Ahmad Husni yang juga Bendahari Umno, menggesa sektor awam dan swasta serta rakyat supaya bersabar dan bersatu hati ketika menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar.
Ketika ditanya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ahmad Husni berkata, segala hutang 1MDB akan dapat diselesaikan pada akhir tahun ini berdasarkan pelan rasionalisasi yang dilaksanakan.
Beliau juga menasihatkan agar semua pihak bersabar dan lebih rasional sehingga isu itu selesai dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan persepsi negatif terhadap badan pelaburan kerajaan itu. Sebarang analisis yang hendak dibuat berkenaan isu 1MDB haruslah berpandukan kepada fakta benar dan pemikiran yang waras.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.