Terkini

Ahad, 23 Ogos 2015

JDT Layak Ke Saingan Piala AFC 2016

JDT-Juara-Liga-Super-2015

Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan Piala Liga Super walaupun kalah mengejut 2-1 kepada Felda United pada aksi terakhir liga musim 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, Sabtu malam.

Kejayaan skuad Harimau Selatan mempertahankan mahkota Liga Super yang dimenangi buat pertama kali tahun lepas, turut dibantu kekalahan seteru utama, Pahang yang tewas 3-1 kepada Terengganu di tempat lawan.

Selaku juara, JDT membawa pulang wang tunai berjumlah RM750,000 dan Piala Liga Super yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim kepada kapten pasukan, Safiq Rahim.

Penaung Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri baginda, Che Puan Khaleeda Bustamam turut berkenan berangkat menyaksikan perlawanan berkenaan.

Kejayaan muncul juara Liga Super 2015 turut membolehkan JDT layak selaku wakil Malaysia ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016.

Pada aksi Sabtu malam, Felda united selesa mendahului 2-0 hasil jaringan Shahril Mohd Saad pada minit keempat dan sepakan penalti oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-11 sebelum JDT bangkit mengurangkan defisit jaringan hasil sepakan penalti oleh Luciano Figueroa pada minit ke-34.

Terdahulu, JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanannya, Junior Eldstal dilayangkan kad merah oleh pengadil Samsudin Ibrahim pada minit kesembilan kerana dikatakan membantah keputusan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

Sumber
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.