Terkini

Sabtu, 22 Oktober 2016

Pakar Ekonomi Akui Bajet 2017 Baik Untuk Rakyat

bajet2017-najib

SHAH ALAM : Beberapa orang cerdik pandai dan juga pakar ekonomi negara hari ini merumuskan bahawa Bajet 2017 yang dibentangkan baru-baru ini sangat baik dan banyak memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, melalui Bajet 2017 ini, rakyat boleh merancang kewangan untuk mendepani 2017, yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Katanya, dengan keadaan harga minyak dunia yang tidak stabil, harga rumah yang begitu tinggi serta kos sara hidup yang kian meningkat, bajet kali ini  dilihat mampu memberi sedikit kelegaan di hati rakyat.

Beliau turut mengalu-alukan langkah Kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana ia mampu memberi impak positif dalam merangsang perkembangan ekonomi negara apabila wujudnya kuasa beli sekaligus mengurangkan beban kewangan yang dtanggung rakyat.

Beliau juga bersetuju dengan potongan diskaun sebanyak 15 peratus ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh ke atas Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana ia memberi ruang kepada graduan bekerja untuk merancang kewangan mereka.

Selain itu, pengenalan kad debit kepada pelajar IPT bagi menggantikan baucar buku adalah langkah berkesan bagi mengelak berlaku ketirisan dalam kalangan pelajar. Langkah memperkenal kad debit ini juga dapat menjimatkan kos untuk mencetak baucar berbentuk kupon.  
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.