Terkini

Ahad, 25 September 2016

Najib Berjanji Tadbir Urus Felda Akan Ditambah Baik

najib-felda-janji

JENGKA : Di atas rasa tanggungjawab, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan memberi sepenuh perhatian terhadap permasalahan peneroka Felda dan berusaha menambah baik urus tadbir agensi itu ke tahap yang lebih baik.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau menjelaskan bahawa kerajaan ada menerima banyak aduan dan memorandum mengenai permasalahan warga Felda belakangan ini.

Menurutnya, ia termasuk isu perumahan generasi kedua Felda, isu potongan dan pinjaman pembiayaan pembesaran rumah.

Turut dibangkitkan isu  penyata hutang peneroka tidak dikeluarkan Felda, ketiadaan penyata, penyata tidak lengkap dan masalah pembayaran pendahuluan hasil serta potongan pinjaman.

“Semua itu saya dengar. Ada yang jumpa saya. Ada yang hantar surat dan memorandum. Semua itu saya akan kumpul dan rumuskan. Tak lama lagi akan diumumkan penambahbaikan dalam urus tadbir Felda agar lebih maju dan berjaya. Saya harap peneroka bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2016 di perkarangan Stadium Tun Abdul Razak Jengka di sini, semalam,

Najib berkata, pelaksanaan Makmal Memperkasakan Hala Tuju Kumpulan Felda melibatkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri, Unit Kawal Selia Felda (UKSF) serta pelbagai tenaga pakar dalam bidang berkaitan diwujudkan untuk mengumpulkan, mengkaji dan merumuskan permasalahan tersebut.

“Pengumuman khas akan dibuat selepas ini setelah semua kajian dirumuskan oleh makmal itu  nanti. Bersabarlah! Begitu juga perkembangan harga buah sawit, kerajaan sedang bekerjasama dengan kerajaan Indonesia dalam usaha meningkatkan harga sawit.

“Kita telah bincang agar harga kelapa sawit dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dan memberi lebih pendapatan kepada peneroka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib menyatakan keyakinan bahawa saham Felda Global Ventures (FGV) akan meningkat kembali.

“Saya yakin keuntungan FGV boleh pulih dan mudah-mudahan saham boleh meningkat. Semua perlu faham mengenai saham, pasti ada turun naik  bergantung keadaan ekonomi dunia. Kita tiada kuasa untuk kawal,” katanya.
« PREV
NEXT »

3 ulasan

  1. Bagusla
    Saham dah muflis
    Peneroka dah muflis
    Felda dah muflis
    Keris pahang

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kalau di tambahbaik ......tetapi kesalahan yg dilakukan menyalahi tatacara prosedur kewangan tak boleh la dimaafkan begitu shj. Mesti ada tindakan ,

    BalasPadam
  3. Dan Jibo jugak berjanji akan terus menyamun khazanah rakyat!!!

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.