Terkini

Selasa, 9 Ogos 2016

Rawatan Jarak Jauh Menerusi Solat Hajat Berupaya Merawat Apa Jua Penyakit

rawatan-solat-hajat-alqayyum

Alhamdulillah syukur, berjodoh lagi kita di sini. Dalam artikel review  penulis kali ini masih lagi berkisar tentang Pusat Rawatan Al-Qayyum yang cukup terkenal di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang. Diperingkat global pun sudah mula dikenali dan tak lama lagi famous lah tu..Insha Allah..

Masih ingat tak pada artikel lepas, penulis ada mengulas serba sedikit mengenai Pusat Rawatan Al-Qayyum Berjaya Merawat Hampir 5,000 Pesakit. Hebat bukan! Jadi, dalam tulisan kali ini penulis kongsikan sebab kenapa perkihdmatan yang ditawarkan pusat rawatan islam ini  menjadi pilihan.

Salah satu khidmat rawatan popular yang menjadi pilihan pelanggan Pusat Rawatan Al-Qayyum ialah 'Rawatan Jarak Jauh' atau kini dikenali sebagai 'Rawatan Solat Hajat'.

Sebelum mengulas lanjut mengenai rawatan Solat Hajat ini, suka penulis nak bagi tahu bahawa melalui Solat Hajat juga boleh dijadikan ikhtiar bagi merawat apa jua jenis penyakit dan masalah. Adalah lebih afdhol sekiranya rawatan solat hajat ini dilakukan oleh waris pesakit.

Mungkin disebabkan kekangan tertentu seperti masa, ilmu tentang pengubatan Islam menyebabkan kita terpaksa mendapatkan bantuan dari orang lain seperti Perawat, Imam dan Qariah Masjid untuk melakukan ibadah-ibadah ini.

Dari pengamatan penulis, 'Rawatan Solat Hajat' ini kebiasaanya dilaksanakan di Masjid atau Surau dan rawatan ini juga bukan lah solat hajat semata-mata.

Selain solat hajat, ia turut digabungkan dengan beberapa ibadah lain seperti Zikirullah (1000x), Ruqyah Syar'iyah, bacaan Doa-doa Mustajab (Jemaah Perawat) serta amalan Sedekah (Jamuan makan kepada jemaah awam).

Soal samada berkesan atau tidak rawatan 'Solat Hajat' ini bagi penulis, ia bergantung kepada keyakinan, iman, taqwa serta Istiqomah yang ada dalam diri pesakit dan perawat kerana apa jua hajat yang dipohon termasuk kesembuhan dari penyakit akan diperkenankan oleh Allah SWT, dengan izin, kuasa dan kehendakNya jua.

rawatan-solat-hajat-jamuan-alqayyum

Menurut pengendali Pusat Rawatan Al-Qayyum, Cikgu Indra, tidak menjadi kesalahan atau keraguan dalam melaksanakan Rawatan Jarak Jauh melalui Solat Hajat, bacaan Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab serta mengadakan Jamuan Makan di Masjid atau Surau dengan niat bersedekah kerana semuanya adalah ibadah yang dilakukan bagi mencari keredhaan dan memohon pertolongan Allah SWT dalam menyembuhkan penyakit atau menyelesaikan masalah.

Diakhir perbualan menerusi WhatsApps, beliau meminta supaya kita semua berhati-hati kerana  Rawatan Jarak Jauh boleh menjadi haram, fantasi atau penipuan, sekiranya dilakukan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan dan situasi terdesak orang lain.

Beliau turut mengingatkan penulis dan juga pesakit yang ingin mendapatkan rawatan kesembuhan dari penyakit, agar tidak sesekali terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar lagi keji seperti mendapatkan bantuan secara berdepan atau jarak jauh dari bomoh, dukun, pawang atau sebagainya kerana kerana ianya adalah perkara SYIRIK dan KHURAFAT dan sudah tentu akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

Sekiranya menghadapi masalah kesihatan, rumahtangga atau gangguan makhuk halus tetapi tinggal berjauhan atau sukar hendak ke pusat rawatan, anda boleh menghubungi mereka di 03-62637006, 017-2114745 atau klik sini untuk membuat tempahan rawatan secara atas talian (Online).
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.