Terkini

Ahad, 28 Ogos 2016

Berhati-Hati Dengan Perawat Islam Palsu

perawat-islam-palsu

Penerimaan baik masyarakat terhadap kaedah perubatan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis sebagai alternatif kedua bagi mencari penyelesaian masalah dan kesembuhan penyakit telah menyebabkan wujudnya banyak pusat perubatan Islam di negara ini.

Jika dilihat dari sudut positif, ia merupakan satu perkembangan yang sihat kerana dapat memberi peluang kepada Perawat menonjolkan diri mereka dalam memperkenal teknik perubatan Ruqyah Syar'iyah yang berteraskan syariat Islam.

Selain itu juga, ia dapat mendorong umat Islam ke arah pengamalan Ayatul Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai ikhtiar kepada segala jenis penyakit mahupun masalah.

Namun, harus diingat, bila ada permintaan sudah pasti ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap mereka yang kurang arif mengenai perubatan Islam dengan menyamar sebagai Perawat Islam.

Sebelum ada yang terkena atau yang telah terpedaya dengan Perawat Islam Palsu ini, penulis ingin kongsikan beberapa info penting bagaimana hendak mengenal Perawat Islam sebenar.

Syarat utama untuk menjadi perawat Islam atau Mu'allij sejati lagi diyakini , seorang itu mestilah berpegang kepada Iman (jauh dari syirik, khurafat, tawassul syirkiyyah), Taqwa, Berilmu dan Amal yang jelas serta Istiqomah (berterusan).

perawat-islam-alqayyum
Klik sini untuk mengenali Perawat Islam dari Pusat Rawatan Al-Qayyum
Selain itu, sebagai seorang Perawat juga haruslah sentiasa bersyukur, merendah diri dan tidak bermegah atau berbangga dengan ilmu perubatan  yang dimiliki. Sekiranya ada Perawat yang suka bercakap besar dan bersifat takbur, jauhilah mereka kerana dikhuatiri perawat ini ada berdampingan dengan jin dan syaitan.

Satu perkara yang sukar dikikis dari sikap masyarakat hari ini ialah mudah percaya pada tangkal, azimat atau seumpamnya. Kononya, bahan atau medium tersebut mempunyai kaitan dengan kemujaraban atau kesembuhan sesuatu penyakit.

Menurut etika perubatan Islam, bahan atau medium seperti yang penulis sebutkan tadi  adalah HARAM dan dilarang sama sekali digunakan oleh Perawat dalam proses penyembuhan.

Namun, perlu juga diketahui bahawa terdapat beberapa bahan atau medium yang boleh diketegorikan hukumnya HARUS digunakan sebagai ikhtiar di dalam proses perubatan dengan SYARAT ia dilakukan oleh orang yang mempelajarinya dengan TEKNIK yang BETUL dan TERBUKTI.

Antaranya ialah, air, ais, garam, kain kapas, limau nipis, daun bidara, daun sireh, segala jenis bungaan, tumbuhan dan herba, madu, buah delima, minyak zaitun, dan banyak lagi, asalkan ia tidak diharamkan dalam Islam.

Sepekara lagi yang ingin penulis tekankan di sini ialah jangan sesekali bersifat  taksub terhadap seseoarang perawat itu yang kononya mampu menyembuhkan sesuatu penyakit dengan cepat dan secara perubatan yang ringkas kerana yang luar biasa itu belum tentu diredhoi Allah SWT.

Tidak dinafikan juga bahawa ada Perawat memiliki kelebihan dalam merawat atau menyembuhkan penyakit. Namun itu semua terjadi di atas kehendak dan izin Allah SWT.

Sebenarnya, ada lagi beberapa info penting yang anda boleh bacanya di sini untuk dijadikan panduan bagi mengenal ciri-ciri perawat Islam sebenar.

Penulis hanya senaraikan sebahagian daripadanya kerana hal ini merupakan asas penting yang masyarakat perlu tahu sebelum pergi mendapatkan rawatan di mana-mana pusat rawatan Islam.

Harus diingat, tidak ada jaminan bahawa sesuatu penyakit akan sembuh melalui sesuatu jenis perubatan , samada melalui perubatan moden, perubatan alternatif, Ruqyah Syar'iyah (jampi yang mengikut hukum Syari'e) atau sebagainya.

Apa yang penulis dapat simpulkan di sini, kita sebagai orang Islam yang beriman haruslah menyakini bahawa kemujaraban sesuatu perubatan atau rawatan bagi apa jua penyakit atau penyelesaian masalah itu tertakluk sepenuhnya kepada makhluk dengan Maha Pencipta,  Allah SWT.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.