Disediakan oleh
Kluang Today
9:31:00 PG
-
0
Ulasan
ISKANDAR PUTERI : Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebabkan berlakunya pencemaran ammonia yang dikesan di Sungai Johor, Kota Tinggi.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan perbuatan tersebut sehingga menyebabkan kualiti air mentah sungai berkenaan merosot sehingga menjejaskan 120,000 pengguna.
Menerusi status di laman Facebook miliknya, beliau meminta rakyat negeri Johor yang terjejas dengan masalah pencemaran ini agar dapat bersabar dan memahami situasi yang sedang berlaku.
Jelasnya lagi, pihak SAJ (Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd) sedang berusaha mengatasi perkara ini secepat mungkin bagu mengurangkan kerumitan kepada penduduk yang terjejas.
Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, susulan itu, operasi di tiga Loji Rawatan Air (LRA) Semangar, Sungai Johor dan Tai Hong diberhentikan buat sementara waktu.
Menurutnya, langkah itu perlu diambil kerana SAJ Holdings (SAJ) tidak mahu air yang tidak memenuhi piawaian disalurkan kepada pengguna.
Namun, katanya, hasil daripada langkah segera diambil SAJ dan Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj), dua LRA iaitu Semangar dan Sungai Johor sudah dapat memulakan operasi secara berperingkat-peringkat bermula awal pagi semalam.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.