Terkini

Isnin, 25 April 2016

Kelab Saya Hanya JDT - TMJ

tmj-ac-milan-jdt

JOHOR BAHRU : Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi kenyataanya di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) manafikan bahawa beliau akan membeli kelab Serie A Itali, AC Milan seperti dilaporkan sebelum ini.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli kelab bola sepak ternama dari Eropah itu.

"Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. Saya hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja," ujar beliau.

Menyentuh soal kenyataannya kepada akhbar Singapura itu, Tengku Mahkota Johor ini berkata, beliau memang mempunyai keinginan itu namun ia hanya satu impian.

"Baru-baru ini saya telah ditemu ramah oleh The Straits Times mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum. Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab luar negara.

"Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya.

Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. Ia cuma sebuah kelab yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja," katanya.

Menurut Tunku Ismail, beliau hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.