Terkini

Selasa, 1 Mac 2016

Perjalanan Politik Muhyiddin Bakal Berakhir Jika Ikut Langkah Mahathir Keluar Umno

mahathir-muhyiddin

Penganalisis politik tempatan menjangkakan bekas timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan mengikut jejak langkah bosnya keluar parti buat kali kedua pada Isnin, kerana dikhuatiri akan mengundang persepsi tidak baik kepada beliau.

Menurut penganalisis berkenaan, sekiranya bekas Timbalan Presiden Umno itu meninggalkan parti kerana mengikut jejak mentornya sekarang, mungkin rakyat dan penyokongnya akan melihat beliau sebagai pemimpin yang lemah.

Bagaimanapun, situasi berlainan pula akan terjadi jika wakil rakyat dari Pagoh itu dapat bertahan melawan asakan dari dalam parti sehingga menyebabkan beliau dipecat sebagai ahli Umno. Keadaan ini akan memberi keuntungan kepadanya kerana mendapat simpati dari ramai pihak sekaligus menguatkan sokongan terhadapnya.

Namun demikian, jelas penganalisis itu lagi, Datuk Sri Najib selaku Perdana Menteri dan juga Presiden Umno akan tetap kekal menerajui parti kerana mendapat sokongan bukan sahaja dari ahli biasa malah pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengaruh dalam parti keramat orang Melayu itu.

Tegasnya lagi, Muhyiddin kini tiada pilihan melainkan terpaksa bertahan sekiranya beliau benar-benar berhasrat mahu merampas kedudukan presiden yang disandang Najib Razak pada pemilihan Umno akan datang.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.