Terkini

Khamis, 14 Januari 2016

Letupan di Jalan MH Thamrin Ragut Enam Nyawa

letupan-jalan-MH-Thamrin

Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi termasuk anggota polis cedera dalam siri letupan berhampiran Sarinah Mall di Jalan MH Thamrin pagi tadi.

Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Republik Indonesia, Anton Charliyan berkata, setakat ini enam disahkan maut iaitu tiga anggota polis dan tiga orang awam dalam serangan berhampiran Restoran Starbuck di Sarinah Mall kira-kira jam 10.50 pagi waktu tempatan.

Anton berkata, polis masih mengepung kawasan bangunan berkenaan dan percaya terdapat sekurang-kurangnya dua penjenayah yang masih bersembunyi dalam pusat membeli-belah dan pejabat setinggi 14 tingkat itu.

Bagaimanapun, katanya polis belum dapat mengesahkan sama ada ia dilakukan kumpulan penganas tetapi mengesahkan ia membabitkan sekumpulan orang bersenjata api dan membawa bom granit.

Bernama melaporkan, tiga daripada enam mangsa terbabit telah dibawa ke hospital dengan ambulans manakala pasukan paramedik turut membantu beberapa orang awam dan polis yang cedera sebelum dikejarkan ke hospital.

Helikopter juga kelihatan berlegar di udara dan orang awam dilarang menghampiri bangunan berkenaan.

Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di pondok polis di hadapan Sarinah Mall pagi tadi.

Menurut polis, beberapa lelaki yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah polis yang berada dalam pondok berkenaan.

Pada kejadian berkenaan, berlaku tembak menembak antara polis dan beberapa lelaki yang tidak dikenali itu, diikuti siri letupan di pondok polis dan di luar bangunan Sarinah Mall.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.