Terkini

Isnin, 28 Disember 2015

PM Ingatkan Rakyat Tempoh Akhir Permohonan BR1M 31 Disember Ini

najib-budget-2016-br1m

Pemohon baru atau sedia ada yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diingatkan supaya mengemaskini atau memohon untuk mendapatkan bantuan itu berikutan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember ini.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permohonan atau mengemaskini butiran boleh dibuat di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau mengisi borang dan menghantarnya di mana-mana cawangan-cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau pusat khidmat hasil di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Dalam satu kenytaan ringkas di laman Facebook miliknya, beliau memberitahu sekiranya permohonan lengkap dan layak, pembayaran BR1M akan mula diberikan secara berperingkat pada 28 Januari 2016 depan.

Najib semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu mengumumkan jumlah BR1M akan dinaikkan untuk semua kategori.

Pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000, dan pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Beliau berkata, satu kategori baharu akan diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050 manakala bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian RM1,000 akan diteruskan.

BR1M mula diperkenalkan pada 2012 diteruskan bagi membantu rakyat menjalani kos sara hidup yang semakin meningkat.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.