Terkini

Ahad, 20 Disember 2015

Marsha Bakal Tamatkan Zaman Bujang Januari Depan

marsha-milan-londoh-kahwin

Pasti ramai lelaki bujang mahu pun sudah berumah tangga akan menggigit jari apabila mendengar khabar berita pelakon dan penyayi jelita, Marsha Milan Londoh, 30 bakal menamatkan zaman bujangnya pada Januari tahun depan.

Menurut laporan akhbar berita tempatan, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia itu dan pasangannya, Mohamed Shaiful Nizam, akan diraikan dalam majlis persandingan pada 8 Januari tahun depan.

Marsha dalam satu kenyataan turut mengesahkan khabar angin yang tersebar mengenai perkahwinanya.

"Ya memang benar saya akan berkahwin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan yang tersebar itu. Saya mohon agar semua mendoakan supaya majlis yang kami rancang kelak berjalan lancar," katanya.

Bagaimanapun, acara berkenaan akan dilangsungkan secara tertutup dan majlis resepsi pada tarikh terbabit di Hotel Majestic.

Sebelum ini, artis terbabit pernah dilaporkan menghadiri kursus perkahwinan, namun beliau menafikan cerita terbabit.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.