Terkini

Khamis, 3 Disember 2015

'Air Mata Buaya' Mengalir di Dewan Rakyat

nurul-izzah-air-mata

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah mengakui beliau begitu sebak sehingga air matanya menitis ketika menerangkan kepada Dewan Rakyat berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III yang pernah melancarkan serangan bersenjata di Sabah pada tahun 2013 yang turut mengorbankan nyawa anggota keselamatan negara.

Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan usul untuk mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Parlimen kerana berjumpa dengan Jacel Kiram.

Mengulas mengenai keputusan usul tersebut, Nurul Izzah menyatakan bahawa perasaannya begitu sebak dan turut bersedih atas pemergian wira-wira negara yang terkorban akibat serangan pengganas Sulu dan mahu kemelut yang melanda dirirnya selesai segera.

Dalam penjelasnya kepada Dewan Rakyat, Nurul Izzah menegaskan bahawa pertemuanya dengan Jacel Kiram pada 9 dan 10 November lalu adalah tidak dirancang seperti yang didakwa banyak pihak.

izzah-jacel-kiram

Tambah beliau, pemergianya ke sana bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua adalah atas jemputan kerajaan Filipina dan salah satu acara tersebut majlis makan malam terbuka yang diatur tuan rumah iaitu Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institusi Demokrasi Asia, Pejabat Datuk Bandar Manila, Pejabat Naib Presiden Filipina dalam menyokong desakan PBB agar bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang dipenjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, dibebaskan serta merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan usul itu berkata, beliau bersimpati dengan pemimpin PKR itu.

Beliau mencadangkan Nurul Izzah memohon kedua-dua Jacel dan Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk membersihkan dirinya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.