Terkini

Ahad, 8 November 2015

Jawatankuasa Khas Kaji Industri Vape Akan Dibentuk

girl-vape-on

Sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji isu berkaitan industri vape akan dibentuk tidak lama lagi berikutan perdebatan hangat mengenai larangan yang dicadangkan terhadap rokok elektronik tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dalam satu kenyataan memberitahu bahawa jawatankuasa itu akan menjadi rujukan berhubung isu vape bagi mengelak sebarang percanggahan pendapat dalam kalangan kementerian.

Jelas beliau, jawatankuasa itu akan dipengurusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Chong Chee Kheong dan beberapa pakar dari bidang respitori.

Dalam kenytaan lainya pula, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jawatankuasa yang bakal dibentuk itu akan mula bersidang pada Isnin dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas membincangkan perkara berkenaan dimuktamadkan.

Beberapa hari lalu, peniaga vape telah dikejutkan dengan kehadiran pegawai Kementerian Kesihatan yang melakukan serbuan di seluruh negara yang didakwa melibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Menurut jurucakap kementerian yang terlibat dalam serbuan tersebut berkata rampasan terpaksa dilakukan untuk memantau kandungan nikotin di dalam cecair vape yang dijual di pasaran selain menahan segelintir peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka tanpa lesen yang sah.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. takyah wayang wat jawatankuasa bagai...membazir duit rakyat jer...straight to the point...rakyat bkn bodoh...tau dah mana halatuju sume lakonan nie...hujung2 kenakan kenakan cukai...dan yg pasti ade kroni yg bakal dapat habuan dari sume nie..

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.