Terkini

Sabtu, 7 November 2015

Jalinan Muafakat Antara Kaum di DUN Paloh Terus Diperkukuh

dun-paloh-deepavali-04

Pasti ada di kalangan kita  menganggap pemberian sumbangan atau bantuan samada dalam bentuk hadiah atau apa sahaja bila setiap kali tiba musim perayaan oleh pihak tertentu sebagai perkara remeh dan tidak membawa apa-apa makna.

Namun, di sebalik tanggapan tersebut setiap sumbangan yang dihulurkan itu walaupun kecil tak seberapa, ia tetap membawa erti yang besar kepada yang menerimanya.

Bersempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada Sealsa depan oleh seluruh masyarakat India yang beragama Hindu, satu inisiatif murni telah dilakukan melalui jalinan kerjasama komuniti DUN Paloh dan Badan Perhubungan Barisan Nasional Parlimen Sembrong dalam usaha untuk membantu meringankan beban serta menceriakan sambutan perayaan yang akan menjelma tidak lama lagi.

dun-paloh-deepavali-05

Timbalan Pengerusi BN Parlimen Sembrong, Datuk Abd Ghani  Bin Abd Rashid ketika ditemui semasa majlis penyampaian sumbangan berkata, walaupun sumbangan ini kecil tetapi ia sangat bermakna bagi mereka yang kurang berkemampuan. 

Jelas beliau, dengan sumbangan ini juga, sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan kos perbelanjaan yang ditanggung ahli keluarga dalam membuat persiapan sambutan Deepavali yang akan dirai pada minggu depan.

Menariknya, acara penyampaian sumbangan bantuan untuk sambutan Deepavali 2015 kali ini adalah seratus  peratus dari usaha komuniti DUN Paloh sendiri yang terdiri daripada orang persaorangan, peniaga dan persatuan-persatuan tempatan khasnya di sini.

"Semangat beginilah yang patut kita contohi sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin di dalam suatu komuniti berbilang bangsa seperti di kawasan DUN Paloh ini".

dun-paloh-deepavali-06

"Tidak semestinya suatu perayaan yang di sambut saban tahun seperti perayaan Deepavali dan yang lain lagi perlu menunggu atau mengharap sumbangan khas bantuan perayaan dari pihak kerajaan semata-mata sahaja, bahkan sumbangan komuniti penduduk setempat itu sendiri juga boleh menjayakannya malah ia lebih bermakna dari sudut peribadi seseorang itu". ujar beliau ketika ditemubual oleh wartawan Kluang Today.

Datuk Abd Ghani atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ghani oleh penduduk tempatan turut menzahirkan perasaan bangga apabila melihat semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat berbilang kaum di DUN Paloh terus utuh dan kukuh.

"Saya sangat berbangga dengan apa yang berlaku pada hari ini, semangat perpaduan yang ditonjolkan semua kaum selain dapat merasai sendiri pengalaman menyertai dan turut serta menyumbang secara lansung di dalam acara penyampaian sumbangan  sempena  sambutan Deepavali 2015 kali ini ", ujar beliau.

dun-paloh-deepavali-07

Pada majlis pemberian sumbangan itu, seramai sebelas ahli keluarga telah dipilih termasuk seorang warga emas, Pn. Sinnathaai a/p Munusamy berusia 88 tahun yang diberitahu oleh jiran tetangga bahawa beliau tinggal berseorangan di rumahnya.

Dalam majlis itu juga seorang ahli perniagaan tempatan, En.Ngarajan A/L Subramain turut terlibat memberi sumbangan. Turut serta di dalam majlis pemberian sumbangan itu juga, wakil-wakil Pegawai Khas Parlimen Sembrong, ketua masyarakat dan penduduk setempat. 
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.