Terkini

Khamis, 8 Oktober 2015

Tun M Kecewa Wawasan 2020 Digagalkan Oleh Perdana Menteri Pilihanya Sendiri

mahathir-2020

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kecewanya apabila impian untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 sebelum beliau menutup mata tidak akan menjadi kenyataan.

Dr Mahathir dalam satu sesi temubual mendakwa  Malaysia dilihat akan gagal untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 disebabkan setiap Perdana Menteri memainkan isu-isu lain dan tidak memberi perhatian kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Merujuk kepada Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak, negarawan ulung itu menyifatkan perdana menteri itu hari ini lebih menumpukan soal bagaimana untuk mempertahankan survival politiknya dari memikirkan pembangunan negara.

Bekas perdana menteri itu turut memberi tahu, sepanjang pentadbiran beliau selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan,  ekonomi dan pembangunan negara sentiasa berkembang maju.

Jelas bapa kepada Menteri Besar Kedah itu lagi, segala usaha dan harapanya dahulu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 kini berkecai apabila digagalkan oleh tangan dua orang perdana menteri pilihanya sendiri.

Konsep Wawasan 2020 diperkenalkan pada tahun 1991 semasa pembentangan Rancangan Malaysia Keenam oleh perdana menteri pada ketika itu. Tujuan gagasan ini diilhamkan adalah sebagai panduan untuk memamcu Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian pada tahun itu.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.