Terkini

Sabtu, 3 Oktober 2015

Mahathir Percaya Nilai Ringgit Akan Pulih Sekelip Mata Jika Najib Letak Jawatan

mahathir-nilai-ringgit

Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali ketiga mengulangi pendirianya bahawa penyusutan nilai mata wang negara yang berlaku sekarang ini mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak.

Mantan perdana menteri itu dalam satu kenyataanya ketika menghadiri satu majlis dialog anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan, begitu yakin dan percaya serta memberi jaminan nilai ringgit akan kembali pulih dalam sekelip mata sekiranya Najib meletakan jawatan hari ini.

Untuk memastikan impian terakhirnya mahu melihat Najib meletak jawatan sebelum menutup mata, bapa kepada Menteri Besar Kedah itu sekali lagi menggesa seluruh ahli dan pemimpin Umno mendesak Najib supaya segera mengundurkan diri dengan apa cara sekalipun.

"Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Pada satu simposium yang lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberi tahu bahawa nilai ringgit akan kembali pulih secara berperingkat bergantung kepada perkembangan ekonomi dunia yang dilihat tidak menentu termasuk bilakah Bank Rizab Persekutuan AS akan keluar daripada kadar faedah sifar serta harga tenaga dan komoditi.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.