Terkini

Jumaat, 2 Oktober 2015

Kerajaan Dap Pulau Pinang Larang Masjid, Surau Guna Pembesar Suara

masjid-pulau-pinang

Kerajaan Dap Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng hari ini telah membuat keputusan untuk melarang penggunaan pembesar suara bagi masjid dan surau di seluruh negeri itu.

Penggunaan pembesar suara di luar kawasan masjid dan surau hanya dibenarkan ketika hendak melaungkan azan dan iqamah. Larangan tersebut akan diwartakan dalam masa terdekat.

Keputusan melarang penggunaan pembesar suara ini dibuat setelah 10 aduan diterima oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada Januari 2012 dan Mei 2015 lalu.

Ini termasuk pembesar suara di luar bangunan untuk bacaan al-Quran atau tazkirah sebelum solat berjemaah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Salim Mohd Noor dalam satu kenyataanya turut mengesahkan mengenai surat berkenaan, bagaimanapun menegaskan pengharaman tersebut tidak memberi kesan kepada kesucian Islam di negeri itu.

Bekas Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pada 2011 pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa amalan menguatkan nada bunyi pada mikrofon terutama sebelum subuh adalah bertentangan ajaran Nabi Muhammad saw kerana ia mengganggu mereka yang sedang  tidur.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Nampaknya Pejabat Mufti Pulau Pinang lebih sibuk nak jaga hati bukan Islam berbanding berhempas pulas risau akan ramai umat Islam yang tak peduli Azan, tak bersolat 5 waktu, bergelumang dengan maksiat dan tidak patuh Agama.

    Penguasa Islam akhir zaman boleh lebih simpati demi menjaga hati non-Muslim yang sudah jelas dalam Al-Quran mereka akan sengaja CARI PASAL dengan Islam.. yang bermacam maksiat dan gangguan pada umat Islam selama ini tidak pula Mufti berani sanggah?

    Mufti apakah ini di Pulau Pinang? DAP boelh beli semuanya dr ahli PAS sehingga MUFTI..? lepas ini ada macai yg akan membela DAP... azan tak wajib speaker la.. takde dalam Hadith la.. sedangkan itulah dakyah2 pembohong2 Agama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah harga yang perlu umat Islam bayar akibat tersalah membuat pilihan..

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.