Disediakan oleh
Unknown
11:13:00 PTG
-
0
Ulasan
Baru-baru ini parti Dap yang mengetuai Pakatan Pembangkang telah memberi amaran atau 'kata dua' kepada Umno Johor supaya bersiap sedia untuk menerima kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke -14 akan datang
Namun, amaran tersebut telah disahut oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Md Jais Sarday dengan mengarahkan jentera perang Umno-BN di Johor bersiap sedia untuk berdepan Pembangkang pada bila-bila masa mulai dari sekarang.
Dalam satu kenyataan di sebuah portal, Md Jais Sarday yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang itu turut menekan bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mempertahan kedudukan Umno di Johor.
Jelas beliau, sebagai langkah terbaru menghadapi tekanan daripada Pembangkang, Umno Johor akan mengadakan satu seminar memperkasa perjuangan parti dan memahami pemikiran pendiri bangsa pada 9 dan 10 Oktober ini.
Seminar yang bakal diadakan itu menyasarkan ahli jawatankuasa bahagian dan sayap yang berkelulusan diploma ke atas. Ia bertujuan untuk menyediakan platform bagi golongan cendiakawan mencurahkan idea mereka untuk membantu memantapkan parti.
Tambah Exco Kerajaan Negeri Johor itu lagi, antara input penting yang akan ditekankan adalah memahami ideologi perjuangan parti kerana setiap dari mereka yang ingin memberikan pandangan juga harus terlebih dahulu memahami ideologi tersebut agar tidak lari daripada landasan yang sebenar.
Pada PRU-14 akan datang Umno bakal berhadapan dengan Pembangkang yang bukan lagi seperti dahulu. Strategi perang saraf baru perlu dirangka untuk mendepani serangan bertali arus mereka yang semakin agresif untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.